Masalah depresi apakah itu ?
DEPRESI SATU GANGGUAN HATI YANG SELALU MENGALAMI PERASAAN SEDIH YANG MENDALAM . ANTARA CIRI-CIRI DEPRESI ATAU KEMURUNGAN IALAH :
1) sedih berpanjangan
2) hilang minat dalam melakukan aktiviti harian
3) cepat marah
4) rasa nak bunuh diri
5) toreh tangan
ciri-ciri diatas akan berlanjutan selama 2 minggu dan penyakit ini menyerang tidak kira lelaki ataupun perempuan. DEPRESI juga bukan satu penyakit yang boleh dubuat main. Mereka yang tidak faham apa itu depresi ni mesti akan bercakap seolah olah dia lah yang tahu semua benda contoh :
"alah ,cuba kau bawak mengucap, kau ni dah jauh dari jalan Allah ni"
" kau ni takde iman ke sampai buat mcm ni, cuba kau solat , berizkir tenangkan hati kau tu dulu"
" kau jangan jadi bodoh buat benda mcm ni , ada otak fikirlah , bahaya tau buat benda mcmni"
"aku pun ada masalah , tapi takdelah sampai mcm kau nak bunuh diri"
bagi aku cara macam ni bukan cara yang sesuai untuk kau bagi nasihat untuk orang yang depresi.
DEPRESI TU BUKAN PENYAKIT TAK SOLAT, TAK KUAT IMAN , TAK INGAT ALLAH
Depresi adalah gangguanmental yang sangat bahaya dan kadang-kadang org yang depresses ni lagi banyak dari yang solat . Asal dgr depresi je mestilah akan kaitkan kurang keimanan. Bagi yang tidak pernah mengalami janganlah suka memperlekehkan org yang ada mental illness .
Dan janganlah pulak bila nampak kawan kita yang terkena masalah mcm ni kau cakap nak perhatian lah , saja-saja lah .